KANGAR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengedarkan borang permohonan bantuan RM500 membabitkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan bawah RM3,000 mulai Disember ini.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata pengedaran borang itu akan membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain melakukan pendaftaran di kawasan pedalaman.
Katanya, ia dilakukan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 lalu diterima Januari tahun depan.
“Ia hanya sekeping borang yang ringkas dan borang satu muka surat itu adalah borang pengisytiharan yang perlu disahkan LHDN dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai cara mengisinya, malah boleh dilakukan secara dalam talian.
“LHDN akan memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja mencukupi bagi pelaksanaannya dan akan siap sedia selewatnya pertengahan bulan depan,” katanya selepas perasmian bangunan baru LHDN cawangan Perlis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.
Sementara itu beliau berkata, hasil kutipan LHDN meningkat 50 peratus tahun lalu berikutan kesedaran yang timbul dalam kalangan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai.
Katanya, selain itu, penguatkuasaan yang dilancarkan serta taraf pematuhan yang semakin tinggi termasuk pelaksanaan sistem taksir sendiri juga menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil itu.
Menurutnya, di Perlis sahaja jumlah kutipan hasil meningkat 21 peratus dalam tempoh dua tahun iaitu dari RM 75.2 juta pada 2009 kepada RM91 juta tahun lalu.
“Sehingga Ogos ini kutipan hasil di negeri ini mencecah RM67.5 juta daripada 36,000 pembayar cukai dan 27,000 daripadanya adalah individu,” katanya.
Bangunan baru LHDN di negeri ini yang dikenali sebagai Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden.
Bangunan bernilai RM25.5 juta itu mula beroperasi pada 25 November tahun lalu dengan 83 kakitangan bagi menggantikan pejabat lama yang beroperasi sejak 21 tahun lalu di tingkat tiga Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di sini.
Sumber : Harian Metro
Sri Ketumbit, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-2847073 Email: p_kerdau@rurallink.gov.my
Thursday, 20 October 2011
Thursday, 6 October 2011
Sokong anjur Festival Patin
TEMERLOH - Kementerian Pelancongan Malaysia mengalu-alukan Festival Patin Temerloh 2011 sempena mempromosikan lagi kempen ‘Fabulous Food’ yang berlangsung pada Oktober hingga Disember.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Idros Yahya berkata, dengan adanya festival ini diharap apat memartabatkan nama daerah Temerloh sebagai lokasi masakan ikan patin.
Menurutnya, melalui festival ini juga dapat memperkenalkan kepada orang ramai kepelbagaian masakan ikan patin dan bukannya dikenali sebagai patin masak tempoyak sahaja.
“Program festival patin ini bertepatan dengan masa promosi ‘Fabulous Food’ dan masakan patin ini sudah terkenal bukan sahaja di Pahang malah luar negeri ini.
“Kita mahu orang ramai merasai keenakan ikan patin melalui pelbagai jenis masakan seperti masak stim, pais tempoyak, asam pedas, panggang dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Idros berkata, selain itu pihaknya juga menyokong daerah-daerah lain untuk mengadakan program Fabulous Food ini tetapi dengan syarat bekalan makanan itu mencukupi serta mampu memenuhi permintaan.
Menurutnya, festival patin ini mampu dilaksanakan kerana bekalan ikan ini mencukupi sepanjang tahun dan di setiap gerai makanan di daerah ini mempunyai masakan ikan patin.
“Bagi mana-mana daerah yang mahu mengadakan program seperti ini untuk mempromosikan produk daerah masing-masing perlu memastikan bekalan makanan itu mencukupi.
“Bagi daerah Maran ia terkenal dengan nama jolokan bandar ayam kampung manakala Bera dengan Puyuh. Untuk melaksanakan program seperti festival patin ini perlu memastikan produk makanan daerah masing-masing mencukupi,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang ingin merasai kepelbagaian masakan patin ini boleh hadir ke festival itu yang diadakan pada 7 hingga 9 Oktober ini di Dataran Tok Gajah.
Sumber: Sinar harian
Tuesday, 4 October 2011
Homestay
Nama Kerdau tidak mungkin sehebat Pulau Tioman yang diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia atau Pulau Langkawi yang popular di persada antarabangsa. Pada pandangan mata kasar, Kerdau tidak memiliki sebarang keistimewaan seperti Pulau Tioman yang menjadi pilihan penyelam dari seluruh dunia. Kerdau hanya sebuah perkampungan yang penduduknya bergantung kepada sektor pertanian seperti komoditi kelapa sawit dan getah selain kebun buah-buahan dan aktiviti nelayan di Sungai Pahang.
Namun begitu, nama kawasan itu yang terletak dalam Daerah Temerloh semakin dikenali apabila ia menjadi tumpuan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara. Program inap desa adalah produk pelancongan yang mempopularkan nama Kerdau dengan kehadiran pelancong luar negara dan tempatan. Konsep pelancongan inap desa semakin popular apabila pelancong berpeluang menikmati keunikan hidup masyarakat desa secara langsung. Inap desa di kawasan itu menawarkan pelbagai pakej kebudayaan, kemasyarakatan, ecopelancongan, agropelancongan dan lain-lain.
Aktiviti inap desa antara lain menawarkan kehidupan sebenar masyarakat kampung termasuk peneroka yang menjalankan kegiatan menuai kelapa sawit, menyusuri Sungai Pahang, memancing ikan, membuat kuih tradisional, majlis perkahwinan dan sebagainya. Terdapat tiga pusat inap desa di kawasan itu iaitu di Kampung Desa Murni, Kampung Rumpun Makmur dan Felda Jengka 25 dengan penglibatan lebih 160 penduduk bagi menjayakannya. Penduduk Kampung Desa Murni paling ramai menceburi sektor tersebut manakala bakinya ialah 20 pengusaha di Kampung Rumpun Makmur dan 44 pengusaha di Felda Jengka 25. Kampung itu adalah antara kampung terawal dipilih melaksanakan program tersebut di negeri ini yang diperkenalkan sekitar awal 80-an.
Kampung Desa Murni terletak kira-kira 13 kilometer dari Bandar Temerloh atau satu jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menawarkan produk pelancongan kehidupan masyarakat kampung. Selain merasai sendiri pengalaman kehidupan masyarakat desa, pelancong juga melihat kebudayaan dan cara hidup penduduk setempat, makanan tempatan dan menghadiri majlis perkahwinan. Mereka juga dibawa melawat perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun, pengalaman menoreh getah, ternakan ikan sangkar dan pusat Santuari Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dekat Lanchang di sini. Di Santuari Gajah Kebangsaan, pelancong berpeluang memberi makanan, menunggang dan mandi bersama haiwan berkenaan yang menjadi kegemaran kepada pelancongan tempatan dan asing.
Kampung Rumpun Makmur pula menawarkan pakej menarik seperti melawat ladang kelapa sawit dan getah serta meneroka keindahan Gunung Senyum. Pelancong juga akan menikmati hidangan yang disediakan oleh penduduk kampung itu seperti masakan gulai asam rom, selain mencuba tarian joget Pahang dan sesumpah serta melawat pusat kraf tangan Temin.
Felda Jengka 25 tidak kurang hebatnya apabila terkenal dengan produk pelancongannya iaitu Gua Kota Gelanggi, Taman Negara, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Pertanian Sungai Tekam (PPPTR). Hasil pembangunan pelancongan yang dibawakan kepada masyarakat di kampung terbabit memberi limpahan kepada mereka, sekali gus menjana pendapatan dalam menampung kehidupan seharian.
~Utusan Online
Link Homestay dalam DUN Kerdau
Sunday, 2 October 2011
BORANG FELCRA KERDAU
Rujuk Surat: Pejabat Daerah Temerloh Bil 7 dlm PTT 484/3/2002(04) bertarikh 29 September 2011.
Mulai 3 Oktober 2011 pemohon boleh membeli borang FELCRA yang boleh didapati di Pejabat Daerah Temerloh, Pejabat FELCRA Kuantan, Pejabat ADUN Kerdau dan Ketua Kampung. Borang dijual dengan harga RM 2.00 sekeping.
***Luas kawasan setiap seorang 3 ekar sahaja
Syarat-syarat kelayakan mohon FELCRA Kerdau
* Warganegara malaysia (anak tempatan)
* Lelaki/wanita yang berkeluarga
* Umur 21-50 keutamaan pada yang berumur 30-40 tahun
* Tidak memiliki tanah lebih daripada 6 ekar termasuk kepunyaan suami/isteri
* Tinggal dalam lingkungan 16 km dari kawasan dimajukan
* Pegawai/kakitangan kerajaan masih berkhidmat/telah bersara
* Borang permohonan yang diisi tidak lengkap, tiada gambar pemohon @ isteri/suami dan tidak mematuhi syarat-syarat akan ditolak.
Pertimbangan juga akan diberikan kepada duda, janda, ibu tunggal @ sesiapa jika ianya memenuhi kreteria-kreteria kelayakan yg ditetapkan dan diatas kreteria-kreteria lain yang difikirkan sesuai oleh kerajaan negeri.
Harap maklum warga Kerdau!!!!
JAMUAN RAYA DUN KERDAU
Majlis Rumah Terbuka Dan Jamuan Hari Raya DUN Kerdau
15 September 2011
Dataran Sri Ketumbit Kerdau
Pengurus MID sanggang, YB Adun Kerdau, Pengurus MID Kerdau & Pengurus MID Paya Luas
Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Pics : Penghulu Mukim Mentakab, Dieyaa
Jaga kemakmuran, kestabilan politik
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my
utusanpahang@utusan.com.my
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau, Temerloh, kelmarin. |
TEMERLOH 10 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam agar memelihara kemakmuran dan kestabilan politik kerana ia menjadi kunci kepada kenikmatan beribadat.
Titah baginda, keamanan dan kestabilan politik membolehkan umat Islam menjalani ibadat dengan sempurna.
‘‘Kenikmatan beribadat adalah kerana disebabkan oleh iklim ekonomi, sosial dan politik yang baik,” titah baginda pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 282 orang tidak bernasib baik di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Mohd. Sharkar Shamsuddin dan ADUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Tengku Abdullah bertitah, unsur-unsur yang menggugat kestabilan boleh membantutkan kemajuan negara.
‘‘Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memelihara anugerah Allah itu tanpa cuba menggugat kemakmuran dan kestabilan politik yang tiada di negara lain,‘‘ titah baginda.
Tengku Mahkota Pahang turut menasihati rakyat supaya memberi sokongan kepada wakil rakyat yang membuktikan kesungguhan mereka untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
Dalam pada itu, Baginda bertitah, Istana Pahang akan meneruskan tradisi program berbuka puasa bersama rakyat di seluruh negeri bagi menyelami kehidupan masyarakat di akar umbi.
Titah baginda, program sedemikian dirancang untuk kesemua daerah sempena bulan Ramadan yang memberi peluang kepadanya sekeluarga bertemu pelbagai lapisan rakyat.
‘‘Kehadiran rakyat bersama berbuka puasa, solat berjemaah dan tarawih membuktikan hubungan baik itu perlu dikekalkan demi kesinambungan bangsa,” titah Tengku Abdullah.
Saturday, 1 October 2011
Program Tilawah Al-Quran
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Temerloh 2011M/1432H
20 April 2011
Dataran Sri Ketumbit Kerdau
Perasmian YB Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,.AMP
~Hakim ditempatkan dalam bangunan MID bagi mendengar bacaan perserta.
VIP terdiri daripada Dato' DO Pegawai Daerah Temerloh, YB Kerdau, Penghulu Mukim.
Salah seorang peserta bacaan Al-Quran
Hakim mendengar bacaan Al-Quran daripada perserta.
Jamuan makan para hakim selepas majlis
Sejarah Desa Kerdau
Sumber : Pejabat Penghulu Mukim Kerdau
Nama Kerdau ini diambil kerana zaman dahulu kampung ini ditumbuhi pokok kerdau. Pokok kerdau ini kelihatan seperti pokok pinang, pokok kerdau ini dijadikan hiasan apabila orang kenamaan melawat kawasan ini. Dengan itu lama kelamaan nama kampung ini diabadikan dengan nama Kerdau. Penempatan di Kerdau ini, telah mula dibuka sejak tahun 1800 lagi.
Tahun ke tahun perubahan kerdau dapat dilihat dari segi arus pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Pembangunan terhadap pembinaan rumah-rumah tradisional diubahsuai kepada rumah-rumah batu amat jelas kelihatan, Pendidikan juga diberi perhatian serius demi masa depan anak-anak bangsa dengan adanya pembinaan sekolah-sekolah disetiap kampung. Kehidupan penduduk Kerdau juga lancar dan mudah ianya kerana dilengkapi infrastrutur kemudahan-kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Jalan-jalan telah dibesarkan dan ditar sepenuhnya, kemudahan pengangkutan yang mudah didapati, Pejabat Penghulu, Pejabat ADUN, KEMAS, Perpustakaan Desa, Medan Infodesa, Peladang, Risda, FELCRA, Sekolah, Klinik Desa yang berada di kawasan Kerdau mempermudahkan lagi urusan rasmi penduduk-penduduk kampung.
LOKASI KAMPUNG DALAM MUKIM KERDAU
TAJUK : PELAN LOKASI JKKK KG TRADISIONAL MUKIM KERDAU
PETUNJUK
NO | JKKK |
1 | GUNTONG/KELIBANG |
2 | BARU CINA |
3 | PAYA TARAM |
4 | KETAM |
5 | KUALA KERDAU |
6 | PERAGAP |
7 | DESA MURNI KERDAU |
8 | DESA BARU PURUN |
Mukim Kerdau mempunyai keluasan 13,214 Ha. Mukim ini terletak dalam Daerah Temerloh dan merupakan Mukim ke 6 terbesar dalam Daerah Temerloh. Mukim Kerdau terletak dalam DUN N28 Kerdau dan dibawah Parlimen P87.
Jarak
20KM ke Bandar Temerloh
20KM ke Bandar Mentakab
BIL | JKKK | KAMPUNG | KERAJAAN | MILIK | MILIK TERBIAR | JUMLAH |
1 | TARAM | 1220 | 97 | 1123 | 480 | 2920 |
2 | KETAM | 2000 | 179 | 1821 | 590 | 4590 |
3 | KELIBANG | 1455 | 237 | 1218 | 146 | 3056 |
4 | KUALA KERDAU | 637 | 35 | 637 | 161 | 1470 |
5 | PERAGAP | 1184 | 110 | 1020 | 42 | 2356 |
6 | DESA MURNI KERDAU | 100 | 16 | 84 | - | 200 |
7 | DESA MURNI PURUN | 980 | 60 | 910 | 260 | 2210 |
Subscribe to:
Posts (Atom)