Sunday 4 December 2011

Mini Stadium Temerloh gelanggang utama skuad Pahang

MINI Stadium Temerloh, Pahang akan menjadi gelanggang utama skuad Pahang menghadapi saingan Liga M musim depan.
Pengesahan itu diumum Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Dr Omar Othman berikutan Stadium Darulmakmur sedang dinaik taraf bagi menghadapi penganjuran temasya Sukan Malaysia XV (Sukma) Pahang tahun depan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pertandingan PBNP yang bermesyuarat baru-baru ini, bersetuju memilih Mini Stadium Temerloh kerana memenuhi syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Saya jangka kita tidak akan menghadapi masalah untuk menjadikan mini stadium itu sebagai gelanggang utama skuad Pahang.

“Antara syarat ditetapkan FAM ialah dari segi kapasiti penonton dan keselamatan kami tidak menghadapi masalah,” katanya semalam.

Dr Omar berkata demikian berikutan kerja menaik taraf Stadium Darulmakmur hanya akan siap pada bulan Mei tahun depan, kerana stadium itu menjadi gelanggang utama terutama bagi acara perasmian dan penutup Sukma 2012.

Justeru, beliau berkata, peminat sukan bola sepak di Pahang boleh menyaksikan aksi skuad mereka di Mini Stadium Temerloh yang boleh memuatkan kira-kira 5,000 penonton.

“Kita jangkakan sambutan hangat akan diberi penyokong Pahang terutama mereka yang berada di daerah Temerloh, Maran, Kuantan dan Jerantut.
“Jika sebelum ini mereka sukar untuk bertandang ke Stadium Darulmakmur berikutan faktor jarak, peluang ini tidak harus dilepaskan,” katanya.

sumber: harian metro
05 dis 2010

Tuesday 15 November 2011

Saran tubuh Kedai 1Malaysia

 Sinar Harian
Tarikh : November 14, 2011

KERDAU - Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said menyarankan supaya kerajaan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Kuala Krau bagi membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan harian.

Menurutnya, kewujudan kedai berkenaan secara tidak langsung membolehkan rakyat berbelanja serta mendapatkan barangan dapur pada harga lebih rendah bersesuaian dengan kemampuan mereka.

“Kita harap sebuah Kedai 1Malaysia yang menjual pelbagai barangan dapur dapat dibina di Dun Jenderak, Kerdau dan Jengka. Ia secara tidak langsung dapat membantu penduduk kurang berkemampuan mendapatkan barangan dapur pada harga lebih rendah.

“Kita perlu tahu bahawa Kedai 1Malaysia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu antara 10 hingga 40 peratus,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Parlimen Kuala Krau, dekat sini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan Pegawai JKM Temerloh, Haniza Tamin.

Dalam perkembangan lain, Ismail yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berkata, seramai 584 penduduk di Dun Jenderak dan Kerdau dalam kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, sakit terlantar dan sebagainya menerima bantuan secara bulanan daripada JKM.

Menurutnya, ia sekali gus membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik, malah sentiasa memastikan mereka mendapat hak dan pembelaan sewajarnya.

Sunday 13 November 2011

Ekspedisi Remaja Kerdau (XREK 2011)

Program khas buat anak-anak kerdau. Ekspedisi Remaja Kental (X-REK) bersempena musim cuti sekolah khusus untuk remaja-remaja mukim Kerdau. 
Bagi warga ANKAD yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi nama yang berikut :-

En. Halim Jamaludin (Pengarah Program) - 014-513 8769
Cik Sakinah Shahabudin (Timb. Pengarah Program) - 014-533 5433
En. Mustakim Abdul Jalil (S/U Program) - 014-530 1536

Wednesday 9 November 2011

Karnival Jalur Lebar

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia, bertempat di Padang Astaka, Majlis Daerah Temerloh, Pahang pada 12 – 13 November 2011 bermula jam 10 pagi hingga 7 petang.

Thursday 20 October 2011

Boleh Mohon RM 500

KANGAR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengedarkan borang permohonan bantuan RM500 membabitkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan bawah RM3,000 mulai Disember ini.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata pengedaran borang itu akan membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain melakukan pendaftaran di kawasan pedalaman.

Katanya, ia dilakukan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 lalu diterima Januari tahun depan.
“Ia hanya sekeping borang yang ringkas dan borang satu muka surat itu adalah borang pengisytiharan yang perlu disahkan LHDN dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai cara mengisinya, malah boleh dilakukan secara dalam talian.

“LHDN akan memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja mencukupi bagi pelaksanaannya dan akan siap sedia selewatnya pertengahan bulan depan,” katanya selepas perasmian bangunan baru LHDN cawangan Perlis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.

Sementara itu beliau berkata, hasil kutipan LHDN meningkat 50 peratus tahun lalu berikutan kesedaran yang timbul dalam kalangan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai.

Katanya, selain itu, penguatkuasaan yang dilancarkan serta taraf pematuhan yang semakin tinggi termasuk pelaksanaan sistem taksir sendiri juga menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil itu.

Menurutnya, di Perlis sahaja jumlah kutipan hasil meningkat 21 peratus dalam tempoh dua tahun iaitu dari RM 75.2 juta pada 2009 kepada RM91 juta tahun lalu.
“Sehingga Ogos ini kutipan hasil di negeri ini mencecah RM67.5 juta daripada 36,000 pembayar cukai dan 27,000 daripadanya adalah individu,” katanya.

Bangunan baru LHDN di negeri ini yang dikenali sebagai Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden.

Bangunan bernilai RM25.5 juta itu mula beroperasi pada 25 November tahun lalu dengan 83 kakitangan bagi menggantikan pejabat lama yang beroperasi sejak 21 tahun lalu di tingkat tiga Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di sini.

Sumber : Harian Metro

Thursday 6 October 2011

Orang Muda, Jiwa Muda, ACUAN ISLAM

Semua Dijemput Hadir
 

Sokong anjur Festival Patin


TEMERLOH - Kementerian Pelancongan Malaysia mengalu-alukan Festival Patin Temerloh 2011 sempena mempromosikan lagi kempen ‘Fabulous Food’ yang berlangsung pada Oktober hingga Disember.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Idros Yahya berkata, dengan adanya festival ini diharap apat memartabatkan nama daerah Temerloh sebagai lokasi masakan ikan patin.

Menurutnya, melalui festival ini juga dapat memperkenalkan kepada orang ramai kepelbagaian masakan ikan patin dan bukannya dikenali sebagai patin masak tempoyak sahaja.

“Program festival patin ini bertepatan dengan masa promosi ‘Fabulous Food’ dan masakan patin ini sudah terkenal bukan sahaja di Pahang malah luar negeri ini.

“Kita mahu orang ramai merasai keenakan ikan patin melalui pelbagai jenis masakan seperti masak stim, pais tempoyak, asam pedas, panggang dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Idros berkata, selain itu pihaknya juga menyokong daerah-daerah lain untuk mengadakan program Fabulous Food ini tetapi dengan syarat bekalan makanan itu mencukupi serta mampu memenuhi permintaan.

Menurutnya, festival patin ini mampu dilaksanakan kerana bekalan ikan ini mencukupi sepanjang tahun dan di setiap gerai makanan di daerah ini mempunyai masakan ikan patin.

“Bagi mana-mana daerah yang mahu mengadakan program seperti ini untuk mempromosikan produk daerah masing-masing perlu memastikan bekalan makanan itu mencukupi.

“Bagi daerah Maran ia terkenal dengan nama jolokan bandar ayam kampung manakala Bera dengan Puyuh. Untuk melaksanakan program seperti festival patin ini perlu memastikan produk makanan daerah masing-masing mencukupi,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin merasai kepelbagaian masakan patin ini boleh hadir ke festival itu yang diadakan pada 7 hingga 9 Oktober ini di Dataran Tok Gajah.

Sumber: Sinar harian

Tuesday 4 October 2011

Homestay

Nama Kerdau tidak mungkin sehebat Pulau Tioman yang diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia atau Pulau Langkawi yang popular di persada antarabangsa. Pada pandangan mata kasar, Kerdau tidak memiliki sebarang keistimewaan seperti Pulau Tioman yang menjadi pilihan penyelam dari seluruh dunia. Kerdau hanya sebuah perkampungan yang penduduknya bergantung kepada sektor pertanian seperti komoditi kelapa sawit dan getah selain kebun buah-buahan dan aktiviti nelayan di Sungai Pahang.


Namun begitu, nama kawasan itu yang terletak dalam Daerah Temerloh semakin dikenali apabila ia menjadi tumpuan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara. Program inap desa adalah produk pelancongan yang mempopularkan nama Kerdau dengan kehadiran pelancong luar negara dan tempatan. Konsep pelancongan inap desa semakin popular apabila pelancong berpeluang menikmati keunikan hidup masyarakat desa secara langsung. Inap desa di kawasan itu menawarkan pelbagai pakej kebudayaan, kemasyarakatan, ecopelancongan, agropelancongan dan lain-lain.
Aktiviti inap desa antara lain menawarkan kehidupan sebenar masyarakat kampung termasuk peneroka yang menjalankan kegiatan menuai kelapa sawit, menyusuri Sungai Pahang, memancing ikan, membuat kuih tradisional, majlis perkahwinan dan sebagainya. Terdapat tiga pusat inap desa di kawasan itu iaitu di Kampung Desa Murni, Kampung Rumpun Makmur dan Felda Jengka 25 dengan penglibatan lebih 160 penduduk bagi menjayakannya. Penduduk Kampung Desa Murni paling ramai menceburi sektor tersebut manakala bakinya ialah 20 pengusaha di Kampung Rumpun Makmur dan 44 pengusaha di Felda Jengka 25. Kampung itu adalah antara kampung terawal dipilih melaksanakan program tersebut di negeri ini yang diperkenalkan sekitar awal 80-an.


Kampung Desa Murni terletak kira-kira 13 kilometer dari Bandar Temerloh atau satu jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menawarkan produk pelancongan kehidupan masyarakat kampung. Selain merasai sendiri pengalaman kehidupan masyarakat desa, pelancong juga melihat kebudayaan dan cara hidup penduduk setempat, makanan tempatan dan menghadiri majlis perkahwinan. Mereka juga dibawa melawat perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun, pengalaman menoreh getah, ternakan ikan sangkar dan pusat Santuari Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dekat Lanchang di sini. Di Santuari Gajah Kebangsaan, pelancong berpeluang memberi makanan, menunggang dan mandi bersama haiwan berkenaan yang menjadi kegemaran kepada pelancongan tempatan dan asing.


Kampung Rumpun Makmur pula menawarkan pakej menarik seperti melawat ladang kelapa sawit dan getah serta meneroka keindahan Gunung Senyum. Pelancong juga akan menikmati hidangan yang disediakan oleh penduduk kampung itu seperti masakan gulai asam rom, selain mencuba tarian joget Pahang dan sesumpah serta melawat pusat kraf tangan Temin.

Felda Jengka 25 tidak kurang hebatnya apabila terkenal dengan produk pelancongannya iaitu Gua Kota Gelanggi, Taman Negara, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Pertanian Sungai Tekam (PPPTR). Hasil pembangunan pelancongan yang dibawakan kepada masyarakat di kampung terbabit memberi limpahan kepada mereka, sekali gus menjana pendapatan dalam menampung kehidupan seharian.


~Utusan Online

Link Homestay dalam DUN Kerdau

Desa Murni Jengka 25 Rumpun Makmur Gunung Senyum 

Sunday 2 October 2011

Festival Patin Temerloh 2011

BORANG FELCRA KERDAU

Rujuk Surat: Pejabat Daerah Temerloh Bil 7 dlm PTT 484/3/2002(04) bertarikh 29 September 2011.

Mulai 3 Oktober 2011 pemohon boleh membeli borang FELCRA yang boleh didapati di Pejabat Daerah Temerloh, Pejabat FELCRA Kuantan, Pejabat ADUN Kerdau dan Ketua Kampung. Borang dijual dengan harga RM 2.00 sekeping.
***Luas kawasan setiap seorang 3 ekar sahaja
Syarat-syarat kelayakan mohon FELCRA Kerdau
* Warganegara malaysia (anak tempatan)
* Lelaki/wanita yang berkeluarga
* Umur 21-50 keutamaan pada yang berumur 30-40 tahun
* Tidak memiliki tanah lebih daripada 6 ekar termasuk kepunyaan suami/isteri
* Tinggal dalam lingkungan 16 km dari kawasan dimajukan
* Pegawai/kakitangan kerajaan masih berkhidmat/telah bersara
* Borang permohonan yang diisi tidak lengkap, tiada gambar pemohon @ isteri/suami dan tidak mematuhi syarat-syarat akan ditolak.

Pertimbangan juga akan diberikan kepada duda, janda, ibu tunggal @ sesiapa jika ianya memenuhi kreteria-kreteria kelayakan yg ditetapkan dan diatas kreteria-kreteria lain yang difikirkan sesuai oleh kerajaan negeri.

Harap maklum warga Kerdau!!!!

JAMUAN RAYA DUN KERDAU

Majlis Rumah Terbuka Dan Jamuan Hari Raya DUN Kerdau
15 September 2011
Dataran Sri Ketumbit Kerdau
 
 


Pengurus MID sanggang, YB Adun Kerdau, Pengurus MID Kerdau & Pengurus MID Paya Luas


Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang



Pics : Penghulu Mukim Mentakab, Dieyaa

Jaga kemakmuran, kestabilan politik



TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau, Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 10 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam agar memelihara kemakmuran dan kestabilan politik kerana ia menjadi kunci kepada kenikmatan beribadat.
Titah baginda, keamanan dan kestabilan politik membolehkan umat Islam menjalani ibadat dengan sempurna.
‘‘Kenikmatan beribadat adalah kerana disebabkan oleh iklim ekonomi, sosial dan politik yang baik,” titah baginda pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 282 orang tidak bernasib baik di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Mohd. Sharkar Shamsuddin dan ADUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Tengku Abdullah bertitah, unsur-unsur yang menggugat kestabilan boleh membantutkan kemajuan negara.
‘‘Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memelihara anugerah Allah itu tanpa cuba menggugat kemakmuran dan kestabilan politik yang tiada di negara lain,‘‘ titah baginda.
Tengku Mahkota Pahang turut menasihati rakyat supaya memberi sokongan kepada wakil rakyat yang membuktikan kesungguhan mereka untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
Dalam pada itu, Baginda bertitah, Istana Pahang akan meneruskan tradisi program berbuka puasa bersama rakyat di seluruh negeri bagi menyelami kehidupan masyarakat di akar umbi.
Titah baginda, program sedemikian dirancang untuk kesemua daerah sempena bulan Ramadan yang memberi peluang kepadanya sekeluarga bertemu pelbagai lapisan rakyat.
‘‘Kehadiran rakyat bersama berbuka puasa, solat berjemaah dan tarawih membuktikan hubungan baik itu perlu dikekalkan demi kesinambungan bangsa,” titah Tengku Abdullah.

Final Piala Liga Temerloh 2011 (Belia Kerdau vs. UMNO Temerloh)

Tahniah!!!!!!!!!!!!!!!

Johan 
Pasukan Belia Kerdau


Pics : Nizam Samad
  

Saturday 1 October 2011

Program Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Temerloh 2011M/1432H
20 April 2011
Dataran Sri Ketumbit Kerdau
Perasmian YB Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,.AMP
~Hakim ditempatkan dalam bangunan MID bagi mendengar bacaan perserta.



  
VIP terdiri daripada Dato' DO Pegawai Daerah Temerloh, YB Kerdau, Penghulu Mukim.


Salah seorang peserta bacaan Al-Quran
  
Hakim mendengar bacaan Al-Quran daripada perserta.

 Jamuan makan para hakim selepas majlis

Sejarah Desa Kerdau

Sumber : Pejabat Penghulu Mukim Kerdau

Nama Kerdau ini diambil kerana zaman dahulu kampung ini ditumbuhi pokok kerdau. Pokok kerdau ini kelihatan seperti pokok pinang, pokok kerdau ini dijadikan hiasan apabila orang kenamaan melawat kawasan ini. Dengan itu lama kelamaan nama kampung ini diabadikan dengan nama Kerdau. Penempatan di Kerdau ini, telah mula dibuka sejak tahun 1800 lagi.
Tahun ke tahun perubahan kerdau dapat dilihat dari segi arus pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Pembangunan terhadap pembinaan rumah-rumah tradisional diubahsuai kepada rumah-rumah batu amat jelas kelihatan, Pendidikan juga diberi perhatian serius demi masa depan anak-anak bangsa dengan adanya pembinaan sekolah-sekolah disetiap kampung. Kehidupan penduduk Kerdau juga lancar dan mudah ianya kerana dilengkapi infrastrutur kemudahan-kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Jalan-jalan telah dibesarkan dan ditar sepenuhnya, kemudahan pengangkutan yang mudah didapati, Pejabat Penghulu, Pejabat ADUN, KEMAS, Perpustakaan Desa, Medan Infodesa, Peladang, Risda, FELCRA, Sekolah, Klinik Desa yang berada di kawasan Kerdau mempermudahkan lagi urusan rasmi penduduk-penduduk kampung.
 
LOKASI KAMPUNG DALAM MUKIM KERDAU

TAJUK : PELAN LOKASI JKKK KG TRADISIONAL MUKIM KERDAU
PETUNJUK  
                                                                                                                  
NO
JKKK
1
GUNTONG/KELIBANG
2
BARU CINA
3
PAYA TARAM
4
KETAM
5
KUALA KERDAU
6
PERAGAP
7
DESA MURNI KERDAU
8
DESA BARU PURUN








 

Mukim Kerdau mempunyai keluasan 13,214 Ha. Mukim ini terletak dalam Daerah Temerloh dan merupakan Mukim ke 6 terbesar dalam Daerah Temerloh. Mukim Kerdau terletak dalam DUN N28 Kerdau dan dibawah Parlimen P87.
Jarak
20KM ke Bandar Temerloh
20KM ke Bandar Mentakab

BIL
JKKK
KAMPUNG
KERAJAAN
MILIK
MILIK TERBIAR
JUMLAH

1

TARAM

1220

97

1123

480

2920

2

KETAM

2000

179

1821

590

4590

3

KELIBANG

1455

237

1218

146

3056

4
KUALA KERDAU

637

35

637

161

1470

5

PERAGAP

1184

110

1020

42

2356

6
DESA MURNI KERDAU

100

16

84

-

200

7
DESA MURNI PURUN

980

60

910

260

2210

Thursday 29 September 2011

Latar Belakang MID Kg Kuala Kerdau

Medan Infodesa adalah salah satu daripada projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah untuk menjayakan agenda IT Negara. Ia merupakan usaha terancang dan bersepadu untuk menerapkan dan mengalakkan ICT masyarakat luar bandar bagi merapatkan jurang digital bandar-luar bandar. MID juga dijadikan pusat khidmat setempat (One Stop Centre).

Medan Infodesa Kg Kuala Kerdau, Temerloh adalah merupakan Pusat ICT komuniti bagi  kegunaan penduduk desa setempat. MID ini merupakan salah satu daripada 13 projek dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) bagi DUN Kerdau di bawah Parlimen Kuala Krau yang membabitkan peruntukan RM 1 juta. MID ini diberi peruntukan sebanyak RM300.000 yang dilengkapi kemudahan seperti bilik ICT, pejabat, tandas, 11 komputer, pencetak, pengimbas, kamera dan peralatan-peralatan pejabat.

Medan Infodesa Kg Kuala Kerdau mula beroperasi pada 2 Januari 2008. MID ini terletak di Daerah Temerloh, Pahang. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau 20 Kilometer dari bandar Temerloh. 

Objektif Medan Infodesa Kg Kuala Kerdau
  • Memberi pendedahan kepada JKKK, Belia dan masyarakat desa dan luar bandar kepada penggunaan ICT.
  • Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat desa dan luar bandar mendapat kemahiran dan mempelajari bidang ICT
  • Memberi peluang kepada warga emas menggunakan kemudahan ICT
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan komputer dalam aktiviti harian dan masa hadapan generasi muda sekarang.
MOTO
ICT Pencetus minda
SLOGAN
Menjadikan MID Kg Kuala Kerdau pengerak minda di kalangan masyarakat setempat
MISI
Menjadi pusat perundingan perkhidmatan dan pengkembangan ilmu serta rujukan dalam ICT kepada masyarakat luar bandar
VISI
Menjadi MID sebagai pusat percambahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat desa